Saya Lahir di Melaka

Monday 26 July 2021

hayani buat ini

aah ok assalamualaikum ,wbt,selamat pagi semua kakak, abang,adik ,ibu semua                                      and dalam grup ini setiap hari? yang grup h&h membembel                                         ohh ibuuu baik hati suapkan saye,kakak pula suka megajar saye meow meow adikkkkkkkkkkk pula ikut saye ,abang pula ajar tengok kerja sekolah hari sabtu,ahad cuti cuti Cuti  blablablablabla  subscribe  \YusreyHani Channel cik cik cik  she she she she itu lagu saye  semua    jangan lupa
 subscribe,like dannn comeet ok byeeeeee aah

Friday 11 June 2021

^saye suka mom my

saye bermain

 *assalamualaikum guys harini saye buat tetang saye bermain gambar meh seaye terang kan ini lah gambar saye saye tak bersalah okay
ini lah gambar lembu

Thursday 10 June 2021

My Cute Sister

                                 My Cute Sister
Assalamualaikum semua,kali ini saya mahu menceritakan tentang adik saya



Yang sebelah kanan
 ialah saya,yang sebelah kiri ialah adik pertama  saya namanya Hayani. Hayani ni sukaaaa kacau orang, saya , abang saya , mak saya dan ayah saya geram betul dengan dia tetapi dia suka teman saya main. Ok ok kita sambung cerita. Yang tengah ,si kecik comel tu namanya Sumayyah orang panggil dia Su. Su ni nampak je comel tapi garang+nagis dan tak boleh ditegur tetapi kelakarπŸ˜‚



Oklah sampai sini saja blog saya dan..
jangan lupa subscribe channel Siti Asmahani 
Mohammed dan Lisa Yummy



     Saya Harap Korang Enjoy Blog Saya Ni😊
                     Asslamualaikum WBT



     



                                                             πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’˜πŸ’—πŸ’–πŸ’•πŸ’“


BAI!!!

Thursday 27 October 2011

Mama Yang Pelupa..

27 Okt 2011
Dah lama tak post ape-ape kat blog..sejak pregnant ni memang takde mood nak ape-ape..nak rehat jek..mujurla pregnant kalini Allah permudahkan urusan mama..
Pertamanya Allah permudahkan urusan bila Tuti ade kat rumah..tanpa diduga pun tak dirancang..tak pernah terfikir pun nak ade maid..tapi mungkin berkat doa dan kesabaran mama selama ni..bersabar jek dengan karenah beberapa pengasuh especially pengasuh Syahmi..pertama yang mama wat sujud syukur ke hadrat Ilahi sebab tetibe ade orang yang tolong tengok-tengokkan mama sewaktu papa balik lewat..sekurang-kurangnya mama ade ruang untuk mandi dan makan sekarang..tak macam dulu selagi papa tak balik selagi tu tak leh nak mandi..pastu asyik makan nasi bungkus je tu pun tunggu papa sampai umah sebab tak cukup tangan nak masak..
Keduanya Allah permudahkan urusan untuk  interview kenaikan pangkat mama DH44..dapat atau tidak itu rezeki dari Allah yang penting time nak interview tu mama dah sihat takla seperti awal pregnant nak buat satu benda pun tak larat..sampaikan berniat untuk tarik diri..memang performance kerja lepas pregnant out tapi takpela..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..nak stress keje sangat pun papa tak bagi takut miscarriage lagi macam 3rd pregnant..memang tu bukan rezeki mase pregnant kali ke-3 dulu tapi fobia jugak miscarriage sampai harini..
Tapi mama ni memang pelupa..tadi appoiment doc untuk scan..penuh semangat bila orang tanya jawab sekarang mama 16w++..rupenye mama dah 19w++..bile bukak blog pun tengok diary pregnant rupenye dah 19w++..sabo je mama ni dah nak masuk 5 bulan penye..patutla perut dah makin nampak..so papa dah leh start kumpul duit mama nak beli koleksi baju pregnant ni..haha..
Moga Allah permudahkan segala urusan..insyaAllah..


Thursday 22 September 2011

Alahan Semasa Mengandung

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan
Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan..

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama
Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

(Minggu pertama hingga minggu ke 16)

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Saturday 23 July 2011

Happy Birthday Abah..@Atuk

Lokasi: Kampung Tercinta, Parit Yaani, Batu Pahat Johor
Tarikh : 9 Julai 2011

Huh..lama betol nak wat entry pasal birthday my beloved dad ni..padahal celebrate dah lama..sempena majlis kesyukuran..ran & potong jambul sempena kelahiran anak perempuan adik tersayang, dan anak lelaki abang..sempat gak kami celebrate birthday abah..

Yang seronoknya oleh kerana adik beradik sebelah mama ramai yang lahir bulan 7, kitaorang pun tumpang sekaki potong kek..mama 2 July, Atuk(abah mama le..) 6 July, Along 9 July, adik tersayang Min 10 July dan yang terakhir..jauh sket ketinggalan..adik yang bongsu lagi manja..22 July..

Sempena birthday abah yang ke 65 ini, diharapkan abah sentiasa gembira disamping kitaorang..dah diharapkan abah terus dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan terutamanya urusan denganNya..


Kami adik beradik walaupun dah besar panjang, beranak pinak memang boleh dikatakan selalu bergantung dengan Abah terutama dalam bertanya pendapat dan sekiranya ada kemuskilan..bukan kitaorang jek..hubby pun share citer ngan abah jugak sampaikan baru-baru ini abah lagi lebih dahulu tau hubby plan nak beli keta dari aku..huhu..

Dan banyak perkara yang aku belajar dari abah..antaranya macamane nak manage duit dengan baik..kalau nak dikenangkan dulu gaji abah tak besar..mak pun tak kerja..tapi abah cube menunaikan semua tanggungjawabnya pada kami adik beradik..saat paling kritikal ialah waktu kami 6 dari tujuh beradik semua dah sekolah..mase tu dua abang di IPTA, dua orang sekolah menengah dan dua orang sekolah rendah..hehe..aku banyak mengikut cara abah bab control duit ni..hubby pun dah paham..tapi bab pantual..abah tetap menang..hehe..maklumla pencen askar..


Tengok gambar kat atas tu ade sorang budak yang pakai baju biru monyok jek..hehe..tu la maksu..merajuk sebab mp3 die ilang..huhu..jaga bebaik la adik sayang..bukan senang nak dapat..hehehe


Untuk Abah..
Terimalah hadiah yang tak seberapa dari kami adik beradik..Blood Preassure Tester..macam kelakar je kan..tapi inilah realitinya..sebab sejak 2 hingga 3 minggu ni tekanan darah abah tinggi so untuk memudahkan abah kitaorang beli siap-siap letak kat umah..boleh tumpang sekali..hehe..

Luv my dad very2 much..