Saya Lahir di Melaka

Tuesday 15 March 2011

Botol susu 'BPA free' ..??

Assalamualaikum..
harini nak citer pasal berita sensasi yang menjadi topik bualan hangat as dan ofismate waktu sarapan pagi tadi..kalau selalu cerita pasal hal-hal kerja dan isu semasa tapi tetiba tajuk perbualan hangat kami pagi tadi ialah botol susu anak..hehe..maklumlah kerajaan dah mula memharamkan penggunaan botol susu ni yang mengandungi BPA..macam-macam andaian kitaorang buat tentang BPA ini..dari apa itu BPA, jenama botol susu yang ada BPA,harga botol sehingga ke agenda seterusnya iaitu kat mane nak dapatkan botol ni dan.....

so dari infomasi yang dapat dikongsikan bersama, Policarbonat Bisphenol A merupakan satu bahan kimia yang digunakan untuk menjernihkan dan mengeraskan botol susu polikarbonat.

BPA telah dikenal pasti akan menyebabkan gangguan kepada sistem hormon terutama kepada bayi dan anak-anak yang mengunakan botol susu polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi, bahan kimia Bispenol A ini akan meresap kedalam cecair susu. Menurut kajian Universiti Malaysia telah menunjukkan peningkatan pemindahan BPA sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius. Maklumlah kita akan merendam botol susu dengan air panas dan mengunakan air panas untuk membancuh susu, pada ketika itu BPA ini akan bercampur susu yang dibancuh.

maklumat lanjut as dapat dari blog ni..http://akubiomed.com/

No comments:

Post a Comment